Selasa, 19 Julai 2011

Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah - 9 Julai 2011
"Kullu nafsin za iqatul maut" – Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. 

Apabila ajal seseorang kamu tidak akan dapat meminta tangguh atau minta dipercepatkan walaupun sesaat. 
Insaflah wahai manusia...
Bahawasanya mati ini adalah benar,
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
Minum di kolam air nabi adalah benar,
Ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
Begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Oleh itu janganlah kita leka…. Kerna
Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Isnin, 18 Julai 2011

IBU..

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
Allah menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan digunakan dengan cara yang betul dan baik. Kurangnya penggunaan akal yang positif untuk berfikir mempengaruhi tubuh badan untuk bertindak pasif dan negatif.

Seharusnya kekuatan akal yang diberi dapat digunakan untuk mengatur kehidupan dengan lebih sistematik dan terancang. Biasanya mereka yang berfikiran positif mempunyai pelbagai perancangan dan alternatif bagi merancakkan suasana kehidupan agar hilang perkataan bosan dalam fikiran. Dan perkataan bosan biasanya tiada pada individu yang bijak mengatur jadual kehidupannya.

Musafir mencari ilmu

Arie nie aq attend kursus bina blog. 2lah dah tua2 baru nak blajo.... tapi xpe kan janji kite ada kemahuan